Samantha Akkineni
Samantha Akkineni

Samantha Akkineni


Samantha Ruth Prabhu (lahir 28 April 1987) merupakan seorang model dan pelakon filem India yang aktif dalam industri filem Tamil dan filem Telugu. Samantha dibesarkan di Chennai dan mengejar kerjaya dalam bidang pemodelan sejak zaman remajanya. Filem debut Samantha ialah filem romantik, Ye Maaya Chesave arahan Gautham Menon.Lakonan Samantha dalam filem ini dipuji hebat oleh pengkritik. Samantha juga menang Anugerah Filmfare India Selatan untuk Debut Wanita Terbaik untuk lakonan beliau dalam filem ini. Sejak itu Samantha muncul sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri perfileman India Selatan.Pada pertengahan 2012, Samantha memulakan sebuah organisasi amal yang dinamakan Sokongan Pratyusha untuk membantu wanita dan anak-anak yangkurang bernasib baik.Pada tahun 2013, Samantha menjadi pelakon kedua selepas Revathi untuk memenangi kedua-dua Anugerah Filmfare untuk Pelakon Terbaik dalam filem Tamil dan Pelakon Terbaik dalam Filem Telugu pada tahun yang sama, untuk filem-filem Neethaane En Ponvasantham dan Eega, masing-masing.

Samantha Akkineni

Pekerjaan Model ,Pelakon
Tahun aktif 2007 - Present
Nama lain Yasodha[3]
Warganegara Indian
Pendidikan B.Com [4]
Kampung asal Chennai
Kelahiran Samantha Ruth Prabhu
(1987-04-28) 28 April 1987 (umur 33)[1][2]
Chennai, Tamil Nadu, India
Ketinggian 5 ft 6 in[4]
Pusat pendidikan Stella Maris College, Chennai
Kediaman Chennai